Deria Manusia

•18 Jun, 2008 • Tinggalkan Komen
Allah SWT yang Maha Pemurah telah menciptakan manusia dengan 5 jenis organ sebagai alat penerima maklumat yang dipanggil deria iaitu mata, telinga, hidung, lidah dan kulit. Hanya dengan 5 pancaindera tersebut sahajalah kita menjalani kehidupan kita di dalam alam yang kita panggil alam realiti atau alam dunia. Dengannya, kita boleh melihat keindahan pemandangan banjaran gunung, mendengar kicauan burung dipagi hari, mencium wangi kuntuman ros, menikmati rasa manisnya madu dan merasa kehangatan matahari tatkala panas terik.
 
Bagaimana Mata Melihat
 
Mata adalah satu organ penting yang berfungsi untuk menerima maklumat yang berkaitan dengan alam visual. Mata manusia hanya dicipta untuk menerima julat spektrum cahaya tampak (visible spektrum) dengan panjang gelombang diantara 380 – 750 nm (nanometer) sahaja iaitu cahaya yang bermula dengan warna ungu hinggalah kepada warna merah atau lebih dikenali sebagai warna pelangi.
 
Perbuatan melihat direalisasikan di dalam satu cara yang sangat progresif. Sekelompok cahaya (photon) yang bergerak daripada objek ke mata menembusi kanta di bahagian depan mata apabila ia pecah dan jatuh dalam keadaan terbalik di atas retina yang terletak di bahagian belakang mata. Di sini, cahaya yang berlanggar telah diubah menjadi isyarat elektrik yang dipancarkan oleh neuron ke satu titik kecil yang digelar pusat penglihatan yang berada di bahagian belakang otak. Isyarat elektrik ini di terima sebagai sebuah imej di pusat ini yang terletak di dalam otak selepas beberapa siri proses. Perbuatan melihat sebenarnya berlaku di dalam titik kecil ini di bahagian belakang otak yang gelap gelita dan sama sekali terasing daripada cahaya.
 
Sekarang, mari kita kaji semula proses ini. Apabila kita menyatakan “saya melihat”, kita sebenarnya melihat kesan utusan yang sampai ke mata kita dan merangsang otak kita setelah ia ditukarkan kepada isyarat elektrik. Oleh itu, apabila kita menyatakan “saya melihat”, kita sebenarnya memandang kepada isyarat elektrik di dalam minda kita.
Semua imej yang kita lihat di dalam hidup kita terbentuk di dalam pusat penglihatan kita, yang terbentuk daripada beberapa sentimeter kubik daripada keluasan otak. Buku yang sedang kamu baca dan lanskap yang kamu lihat apabila kamu merenung ke arah horizon, termuat di dalam tempat kecil ini. Satu fakta yang perlu diletakkan di minda seperti yang disebut sebelum ini, iaitu otak terhindar daripada cahaya; di dalamnya sama sekali gelap. Otak tidak mempunyai sebarang hubungan langsung dengan cahaya.
 
Kita dapat menerangkan situasi ini dengan satu contoh. Kita andaikan terdapat sebatang lilin bernyala di hadapan kita. Kita boleh duduk berhadapan dngan lilin ini dan melihatnya. Bagaimana pun, sepanjang period ini, otak kita tidak pernah mempunyai sebarang hubungan terus dengan cahaya lilin tersebut. Walau pun kita melihat cahaya lilin itu, bahagian dalam otak kita adalah gelap. Kita melihat dunia yang berwarna-warni dan terang di dalam otak kita yang gelap.
 
R.L.Gregory memberikan penjelasan seperti berikut tentang aspek penglihatan yang menakjubkan ini:
 
“Kita amat biasa dengan perbuatan melihat, sehinggakan ia memerlukan imaginasi yang tinggi untuk menyedari bahawa terdapat masalah yang perlu diselesaikan. Tetapi dengan menimbangkan perkara ini. Kita diberikan imej-imej kecil yang terbalik di dalam mata kita, dan kita melihat objek-objek pejal yang terpisah di kawasan sekeliling. Daripada corak-corak simulasi pada retina, kita menerima dunia objek-objek, dan ini merupakan satu keajaiban.”

Kenalpasti Penyakit Anda…

•18 Jun, 2008 • 1 Komen

Adakah anda atau ahli keluarga anda pernah/sedang mengalami satu atau lebih daripada simptom-simptom berikut?

  • Mudah terkena rasukan
  • Perasaan cemburu yang kuat
  • Kuat irihati
  • Selalu jahat sangka
  • Panas baran
  • Kerap was-was ketika melakukan sebarang pekerjaan
  • Suka berkelahi/bergaduh
  • Ada halangan dan sekatan dalam pekerjaan
  • Mandul (bukan sebab beradat seperti kemalangan yang teruk, jatuh yang kuat dan kuat bersukan)
  • Kerap terjadi keguguran semasa mengandung
  • Bayi yang dikandung tiba-tiba hilang (ghaib) selepas 6 bulan mengandung
  • Melahirkan anak yang cacat anggota atau fikiran atau kedua-duanya.
  • Melahirkan anak yang buruk akhlak walaupun ulamak besar
  • Kerap bermimpi yang menyeronokkan yang jarang-jarang menjadi kenyataan
  • Berkebolehan menurun (menjelma masuk makhluk lain ke dalam dirinya) dan mengaku Nabi, Wali atau Malaikat dan dapat menzahirkan beberapa perkara yang mencarik adat sebagai bukti kebenarannya.
  • Keupayaan untuk mendatangkan perkara-perkara biasa melalui jalan yang luar biasa seperti batu, cincin, duit emas, keris dan sebagainya yang mungkin keluar dari mana-mana bahagian tubuh atau diperolehi melalui mimpi.
  • Hilang ceria diri dan rumah kediaman
  • Sakit yang berpindah-pindah atau sakit diantara kulit dan isi yang tidak dapat dikesan oleh doktor pakar melalui kaedah saintifik
  • Kerap bermimpi perkara-perkara yang menakutkan
  • Api menyala dengan sendiri
  • Perasan seperti ada bunyi orang berjalan (sebenarnya tiada)
  • Perasan seperti ada bunyi orang menangis (sebenarnya tiada)
  • Terhidu bau yang sangat wangi atau busuk (tanpa ada sebab)

Jadi… bagaimana? Ada tak satu atau beberapa tanda pada anda atau ahli keluarga anda? Jika ada, maka berhati-hatilah kerana …

“DERIA KE-6 ANDA MUNGKIN TELAH DI AKTIFKAN”

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.